Saturday 16 April 2011

Home » » BAGAIMANA BEKALAN ELEKTRIK DIBEKALKAN KEPADA PENGGUNA?

BAGAIMANA BEKALAN ELEKTRIK DIBEKALKAN KEPADA PENGGUNA?


Sistem kuasa elektrik secara umumnya merupakan satu peranti yang menukarkan dan memindahkan tenaga elektrik bagi keperluan seharian mahupun untuk pembangunan. Di antara cabaran dan dugaan yang harus diterokai oleh para jurutera kuasa meliputi;

  1. mencari punca-punca tenaga yang baru,
  2. mendapatkan dan memastikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk masa hadapan,
  3. membekalkan tenaga yang diperlukan di mana-mana sahaja,
  4. menukarkan tenaga daripada suatu bentuk ke bentuk yang lain tanpa mencemarkan alam sekitar, dan
  5. memastikan tahap liabiliti yang tinggi untuk sistem kuasa di samping aspek penjagaan dan perlindungan ekologi global.
Suatu rangkaian sistem kuasa elektrik terdiri daripada 3 bahagian utama: stesen penjanaan, talian penghantaran dan sistem pengagihan atau lebih dikenali sebagai sistem pembahagian.


PENJANAAN: - merupakan proses pengeluaran tenaga elektrik dengan kuantiti yang banyak. Bagi tujuan ini, sebuah mesin janakuasa dipasang dan diputarkan oleh penggerak iaitu air, enjin dan sebagainya.
            Terdapat pelbagai stesen janakuasa untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Stesen janakuasa terdiri daripada beberapa jenis mengikut cara dan kaedah menggerakkan suatu janakuasa tersebut, di antaranya ialah
ü  Stesen kuasa Stim (wap).
ü  Stesen kuasa Hidro.
ü  Stesen kuasa Diesel.
ü  Stesen kuasa Nuklear.
ü  Stesen kuasa Angin.

TALIAN PENGHANTARAN: - merupakan pautan sambungan di antara stesen-stesen penjanaan dan sistem pengagihan. Pautan dengan sistem kuasa elektrik lain dibuat melalui sambungan dalaman (interconnection).

SISTEM PENGAGIHAN: - merupakan penyambungan kesemua beban individu ke talian penghantaran di stesen-stesen pencawang (sub-station), stesen pencawang berperanan sebagai transformasi voltan dan pensuisan.
            Akhir sekali, para pengguna boleh mengutilisasikan tenaga elektrik yang dihantar pada paras voltan yang selamat digunakan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...